Thursday, November 4, 2010

KISAH DEEPAVALI

Deepavali lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’

Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan

kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Sambutan ini adalah sama seperti kita menyambut hari lahir.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan ini :

PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan ini disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum

perayaan Deepavali. Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali telah diperkenalkan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14

tahun.Rama pulang ke negaranya dengan

isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi

kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.

Sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih,

membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut....Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek

selain makanan tradisional mereka.

Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.

Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam hari.


PAGI DEEPAVALI

Pada pagi, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.


Pada hari DEEPAVALI,

mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya.

Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

P/S: HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA YG MENYAMBUTNYA

No comments:

Post a Comment

EIFALICIOUS