Wednesday, March 13, 2013

#19 Wordless Wednesday - Makeup


Makeup wedding classmate 
tq syu sbb bg kepercayaan kat aku untuk siapkan pengantin dari awal sampai akhir
yela dari makeup smpi siap pakai baju pengantin aku kena buat sendiri mmg pestime la kan

pheww~
 lega sgt2 bila ramai suka makeup saya dan bg job yang mendatang

#sape berminat untuk booking makeup blh pm saya di page saya.tq  :)


Friday, March 8, 2013

SELAMAT HARI WANITA \(^_^)/



Bertuahnya menjadi WANITA ini ibarat seperti 


"Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat, puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya ALLAH SWT akan beri satu pahala haji"

"Wanita yg cukup sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga auratnya serta taat pada suaminya maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. 
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas Bin Malik)"



*ahh cantiknya si cilik bakal menjadi wanita muslimah solehah besar nanti *
somelll sangattt

P/S:I'm proud to be a women!!! Kerana WANITA itu begitu BERHARGA.

#SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA \(^_^)/



Monday, February 25, 2013

Alhamdulillah


Assalamualaikum

20 Jan 2013
merupakan hari bersejarah buat kami berdua


Alhamdulillah dengan sekali lafaz 
kami sah menjadi suami isteri yang sah



Semoga cinta kami kekal hingga ke syurga Firdausi
AMIN





Thursday, January 10, 2013

Pemfitnah yang kurang ajar!!

Aku baru dapat tahu yang ada sorang laki ni dok cite bukan2 kat orang lain 
dan Fitnah aku ckp sorang pompuan tu bohsia! 
hELLO!! 
 ko tak tau pape ko jangan tambah buat cite ok! 
Aku tak penah pulak cakap pompuan tu teruk mcm tu.. 
patot la pompuan tu berangin ngn aku..sbb ko jaja cite bukan2.. 
ko sbnrnya tak puas ati ngn aku kan sbb aku tak nak ngn ko.. 
aku rasa dah berjuta kali aku ckp aku anggap ko abang je n tak lebih dari tu..
Tapi takpe lagi banyak ko jaja cite fitnah2 sume tu
lagi banyak pahala aku dapat
semoga Tuhan balas kat ko apa ko dah buat kat dunia ni
Baik ko BERTAUBAT dgn semua perbuatan ko selama ni
Kat Facebook ayat bukan main mngalahkan khutbah kat masjid
padahal diri ko sbnrnya dah banyak rosakkan anak dara kat luar tu
sampai masuk youtube bagai..tp aku tak penah pulak bgtau org sbb aku tau tu aib ko
mmg pandai lakonan ko nk cari musuh bg dendam ngn aku kan..
takpe moga Allah Balas semua perbuatan ko tu ok!
Betul kata orang kalau anak ustaz pon iman tetap tak dapat diwarisi


P/S: Sebelum nk percaya pada orang yg tak kenal, 
siasat dulu sape diri dia baru kte tau betul atau tak apa yg disampaikan.
jangan percaya membabi buta dan orang jahat akan tepuk tangan tgk bila kita percaya apa dia cakap.


Tuesday, December 11, 2012

10 & 11 Nov 2012


10 & 11Nov saya & En.Tunang ada mngikuti kursus kahwin
Pagi2 sebelum pukul 8 kami kena pecut utk smpi ke tempat kursus tu
so sampai2 je kena daftar utk cek nama lepas tu boleh keluar balik untuk gi breakfast
so sy & tunang singgah di kedai mamak berdekatan utk mngalas perut

sampai mamak kami agak xselera nak makan 
so juz order air sj utk alas perut kami

8.30 pagi kami kena berkumpul semula di jabatan agama islam tapah utk memulakan kursus
so masuk2 je dah tersedia fail di setiap meja
dan dalam fail tu ada buku rujukan untuk semua peseta kursus

kursus hari pertama ni ok je laaa..
dapat penceramah yg ok dan kelakar mmg best n xmengantuk la
tp dapat penceramah yg slowwww suara tu mmg aku kt blakang asik angguk je la knnn

kebetulan time tu pnceramah sgt la bosan, 
so aku pon msg la kak nikky pir khan cikgu makeup @ kakak aku
sbb mmg dah janji nk lepak ptg tu lepas habis kelas
so mcm2 idea dtg kat kepala aku dan terus minta tlg kak nikky untuk belikan kek utk En.tunang 
mula2 kak nikky pon cnfuse sbb lambat lg bday En.Tunang
tapi sbb kami jauuh dan sebulan hanya sekali jumpa
so buat awal la kan sbb cnfirm2 hujung bulan masing2 bz dan xdapat smbut bday dia sma2
so kak nikky pon setuju dan dah deal utk lpk di rumah rehat tapah lepas habis kelas

habis je kelas trus gi jumpa kak nikky n borak2 mcm biasa sambil isi perut yg lapar.
habis je makan, aku terus minta waiter utk kemaskan meja kami dan angkat pinggan yg ada atas meja
terus ajib pelik tanya kenapa nak kemas sbb sblum ni tak penah pon hbis makan suh waiter kemaskn
aku pon bg alasan ckp semak la meja n ble dah kemas best sikit nk borak
so dia pon ok je la kan ikut ckp aku

hbis je waiter kemas meja kami, 
aku bg isyarat mata kat kak nikky utk keluarkn kek yg aku minta belikan
so kak nikky senyum je n lamaa jugak tunggu kek tapi kak nikky tak keluarkan lagi
dalam hati tu aku ponn dah pelik nape lama sgt ni..
tetiba datang waiter tadi hantar kek n aku agak surprise jugak la
sbbnya tak sangka kak nikky dah komplot dgn waiter tu pulak..hehehhe

Reaksi En.tunang mula2 dia tak perasan lagi bila kek sampai,
dia pon baca la apa yg tulis atas kek tu n tetiba dia terkejut sbb ada nama dia atas kek tu
so saya aku dan kak nikky ketawa la n wish happy bday kat dia
dia terkejut sbb bday dia hujung bulan 11 kan tp dapat kek awal bulan..
senyum sampai ke telingaaaaa diaa..heheee

#Tq kak nikky sbb wat surprise saya menjadi dan lagi surprise dari apa yg dirancangkan

------------------------------------------------

11Nov 2012
Ahad
Hari kedua kursus kahwin 

kursus boleh la sbb pnceramah pagi tu best jugak
habis 1 kelas terus minum pagi

macam biasa la time makan semua pasangan makan dengan pasangan masing2


tapi yang aku kecewa sbbnya sepasang couple muda ni yang baru habis spm
time makan boleh tak dorang gurau over2 kat situ.. 
igt ni taman bunga ke nak gelak2 n pukul2 manja dlm pejabat agama
pastu habis makan boleh pulak smoke yg perempuannya..
haihh aku fikir budak tu tak matang je sbb bru hbis spm kan
dengan laki tu bertatu pulak dan sengaja menampakkan tatu dgn peserta yang lain
konon2 hebat la kot dia ada tatu..
dlm kelas pakai sweater n ustaz tak nampak tatu dia
tapi time makan sweater dia buka n saja je dedahkan tatu dia...
budak zaman skg bangga dgn kejahilan yang dorang buat

Habis makan pagi ada ceramah dgn doktor mengenai kesihatan dlm keluarga semua
tapi agak bosan sikit sbb suara dia slowww
mmg berkira jugak la bila la nk hbis so bila dah hbis sume xcited nk kuar makan
tup2 penceramah petang minta awalkan kelas dan buat exam sekali
bila hbis exam dia jnji semua boleh balik

penceramah last mmg best n mngajar pasal talakkk je
dan juga psl dosa isteri pada suami semua
tengah kusyuk dgr ceramah dpt msg dr En.Tunang pulak
Dia ckp apa balik penceramah tu ckp n sj balik kat aku balikk 
supaya tak derhaka mcm cerita ustaz tu

habis dengar ceramah terus exam dan kertas exam diedarkan oleh urusetia kursus tu
so berdebar jugak la takut kalo gagal tak dapat sijil kan
so aku pon bncang la dgn org sebelah aku..hewhewww
habis je masa kertas semua kena kutip 
dan ustaz akan tukarkan dgn orang lain utk suruh tandakan mana yg betul
so bila ustaz bagi kertas kat kai semua kertas budak laki..
aku tgk kat akk sbelah aku sape nama kt kertas yg dia dapat kn
trus nama EnTunang dia dapat so mmg aku suh dia tukar la dgn aku kn..huhu
tapi nasib baik agak tinggi jugak makah dia dpt sbb jwpn byk betul

habis je exam semua boleh ambil sijil 
dan aku tak lepaskan peluang untuk bergambar dgn rakan sebelah aku masa kursus 2 haritu
dan semoga kita berjumpa lagi sahabat :)

P/s: Yeyy dah boleh kawen dah ada sijill..huhuhu :)


Sunday, December 2, 2012

Cerita Hati


Indah sungguh setiap jalan cerita
yang telah ALLAH SWT tetapkan pada kita semua
Pahit, manis, masin,masam, secukup rasa semua ada


Alhamdulillah kerana telah petemukan dengan dia 
yang amat memahami dan mengambil berat dari hal kecil sampai ke hal besar

Syukur kerana KAU kirimkan dirinya buat diriku
sebagai penyeri juga peringatan dalam ceritaku
semoga jalan cerita kami diredhai till jannah 


P/S: Saya makin sibuk dan makin jarang update blog.. curik masa kejap untuk upate

Tuesday, October 23, 2012

INSPIRASI: Booking OP

Assalamualaikum

Haritu lepas dapat tarikh untuk majlis
terus aku kol OP ni untuk booking kahwin nanti

OP yang jadi pilihan aku adalah MIKE DUKEMANE
Dia jadi pilihan untuk jd OP aku sebabnya aku suka pada gmbr2 yg dia ambil

Mula2 aku nk booking OP ni dia ada tnya bpe HB majlis aku
ble aku balas 20hb 1 tahun dpn dia lmbt gak la balas n aku terus je kol tnya
ruapanya dia gtau sblum aku gtau tarikh aku,
dia ckp dlm hati jgnlah sama tarikh dgn wedding dia
tup2 sma weh tarikh kawen aku ngn OP yg aku suka

Mula2 down gak la pastu dia ckp jgn risau
sbbnya dia akn tetap hantar OP lain bawah dia
dan editing dia yg akan buat untuk aku
sbbnya dia ckp mata budak2 dia sma dgn hasil keje mata dia jugak
so bila dia dah ckp cmtu xda la aku risau sgt

Ok dah jom layan hasil gambar dari OP pilihan aku ni










Nampakk cantik kan
ala2 vintage gitu..aku sukeee
K la dah lewat malam dah ni
BYE :)