Showing posts with label Preparation Wed. Show all posts
Showing posts with label Preparation Wed. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

INSPIRASI: Booking OP

Assalamualaikum

Haritu lepas dapat tarikh untuk majlis
terus aku kol OP ni untuk booking kahwin nanti

OP yang jadi pilihan aku adalah MIKE DUKEMANE
Dia jadi pilihan untuk jd OP aku sebabnya aku suka pada gmbr2 yg dia ambil

Mula2 aku nk booking OP ni dia ada tnya bpe HB majlis aku
ble aku balas 20hb 1 tahun dpn dia lmbt gak la balas n aku terus je kol tnya
ruapanya dia gtau sblum aku gtau tarikh aku,
dia ckp dlm hati jgnlah sama tarikh dgn wedding dia
tup2 sma weh tarikh kawen aku ngn OP yg aku suka

Mula2 down gak la pastu dia ckp jgn risau
sbbnya dia akn tetap hantar OP lain bawah dia
dan editing dia yg akan buat untuk aku
sbbnya dia ckp mata budak2 dia sma dgn hasil keje mata dia jugak
so bila dia dah ckp cmtu xda la aku risau sgt

Ok dah jom layan hasil gambar dari OP pilihan aku ni










Nampakk cantik kan
ala2 vintage gitu..aku sukeee
K la dah lewat malam dah ni
BYE :)

Monday, October 22, 2012

INSPIRASI: Wedding Dress

Assalamualaikum

Sejak dah tau tarikh kahwin ni berangan nak pakai baju ala2 princess.. 
tak tahan ko berangan tak ingat dunia. 

Dress idaman aku macam KATE MIDDLETON pakai masa wedding dia


Lakaran wedding dress Kate Middleton


Prince William & KateMiddleton  di hari perkahwinannya…



Nampak tak cinderellah tgh melambai2 tgn dia..haha berangan betul dah ni


Wedding dress kate 


Wedding dress & kasut kate middleton

Yang ini pula GRACE KELLY punya wedding dress
Sgt ohsemm!!

Wedding dress ni dibuat inspirasi dr grace kelly wedding dress
Sgt princess dgn dress kembang2 gitu
Jom layan lagi wedding dress ala2 kate middleton & grace kelly





Ok dah stop berangan pasal dress idaman
kembali ke dunia asal..

Ok dari atas smpi bawah kembang2
Tetiba yang comel ni sengih2 nk jadi ala2 princess jugak
(^_^)V


P/S: Memang la aku minat dress mcm kat atas tu..tp haruslah tidak seseksi model diatas ye
sbbnya aku kan bertudung..  (^_^)V



Friday, October 12, 2012

Cepatnya!

Assalamualaikum

Nebes pulak tengok angaka untuk kawen ni! 
 T _ T

Thursday, October 11, 2012

Pemilihan Tempat Kahwin

Assalamualaikum

PLAN A

Aku dah rancang memula kalau kahwin nanti nak sume sedara2 lepak sama2
aku plan nk sewa 1 villa kat titiwangsa ni
so disebabkan aku lmbt pilih tarikh 
villa ni full dan xkosong masa tarikh aku nak tu
kalau ikut mngada aku senang je minta pak cik aku bookingkan sbb dia pengerusi koperasi tu
tapi sbb aku malas nk guna org dlm dan xnk sushkan org
booking sndri tp xdapat sbb full
layanan dari staff sana pun sangat teruk!
so lantak la aku mls nk besarkan hal ni aku diam je la

ni villa yg memula aku nk sewa

kat villa ni pon ramai jgak org buat wedding
ni gambar dari en/.google
bila xjadi buat kat sini aku ada plan B

PLAN B

Plan B igt Nak sewa villa kat homestay kampung baru
dah deal baik punya pastu uncle tu pon ckp still ada kosong
aku dah hepi dah
then ayh aku nk tgk dulu tmpt tu sblum booking ke apa
nk tgk blh KLIK SINI
pakej menarik dan harga pon ok

cmni la kawasannya nanti
tapi ayah aku pergi sana dia dah berubah fikiran pulak cakap xnk
sbb ada mslh tertentu
jadi bila dah cmtu aku pon terus terfikirkn PLAN C!


PLAN C

Bila Plan A & B tak menjadi cepat2 aku kol tmpat ni nk tnya ada kekosongan lagi tak
ok sebelum tu aku bgtau tmpat ni kat ADAKEMI HEVEA
dekat je ngn ofis aku kt kota damnsara dan juga dekat je ngn ktm sg buloh

Akademi Hevea


Akadem Hevea


Ni la dewan kat akademi tu
meja kerusi semua complete

bilik penginapan pon disediakan
so memang memudahkan kerja aku dah la

so memandangkan tempat ni ok aku trus booking dan bayar deposit
harap2 semuanya berjalan lancar time majlis ni


Wednesday, October 10, 2012

Isi Borang Nikah Secara ON9 Sahaja \(^_^)/

Assalamualaikum

Pagi ni kerja aku kat ofis tergendala sikit
sebab system down sikit
so borak2 termasuk cite bab kahwin
aku saja nk tahu bape kena bayar kadi dan saksi bila nikah nanti
kebetulan bos kat situ tanya la dia
so dia pon terangkan la serba sedikit pasal nak kahwin

Lepas dah habis tu bos tanya dah isi borang ke
aku ckp la bulan 11 sebab amik darah untuk cek HIV result sebulan
dalam bulan 11 baru dapat result dan baru aku  gi
pastu terus bos cakap sekarang isi on9 je borang tu
buka laman web dia kan ada

aku cam pelik gak sbb xpenah lg kwn aku isi on9
sebelum ni cerita asik pegi jabatan agama nk amik borang sume
sekarang dah ada on9 kot!!

Tapi yang ni utk org selangor je sbb JAIS kan
so kalo nk isi KLIK SINI!

nanti akan keluar page mcm ni
then tengok belah kiri bawah skali yg ada kolum mykad dan kata laluan tu
dan tekan daftar untuk pengguna yg baru 

nampak kan belah kiri tu ada no mykad dan kata laluan
kat situ la untuk korang login nak update borang2 korang


so nanti lepas dah daftar dan login akan keluar page mcm ni
klik la kat bawah perkahwinan tu ada borang yang perlu diisi
dan kalo tak faham boleh tengok kat prosedur perkahwinan belah kanan tu
dan korang baca la bagi faham apa sebenarnya kena buat

#Ok la selamat mengisi borang kahwin bakal2 pengantin sekalian 


Tuesday, October 9, 2012

Save The Date


Assalamualaikum..

Memikirkan tentang preparation untuk nak kahwin ni mmg agak serabut,
sebabnya bukan senang nak handle majlis kahwin ni
yela majlis tu SEKALI SEUMUR HIDUP
 lagi2 Bila bab nak tetapkan tarikh kahwin tu mak aih mmg makan masa yang lama jugak la
nak pilih tarikh kena tgk peristiwa apa dan ada pertindihan ke tidak
semua kena tengok dari segala aspek

Macam orang lain confirm senang nak tetapkan tarikh macam 12.12.12
atau 20.12.2012 sebab nk tarikh cantik katakan
tapi bagi aku, kalo boleh mmg aku xnk buat kenduri masa public holiday
sbbnya kalo buat masa cuti ramai pulak nak kahwin dan kdg2 benda yg nk booking sume full..

So aku decided untuk buat waktu cuti sabtu ahad saja dan bukan public holiday
dan akhirnya tarikh keramat telah aku dapat iaitu
20 JANUARY 2013
dan majlis bertandang pulak di bidor pada 
26 JANUARY 2013




P/S:Alhamdululillah bila dah ada tarikh ni 
dah senang nak bookingn macam2 untuk kenduri nanti..

Monday, October 1, 2012

warna Putih

Sumber: En.Google

Kalau pasang khemah semua putih cantik jugak kan
jatuh cinta pulak nak buat mcm ni..hee


P/S: Ce teka ni kat mna? sape pndai sila jawab.. :)

Monday, January 16, 2012

Bride to Be



Ok hari ini saya mula join b2b blogger 
 menceritakan mengenai persiapan hari bahagia nanti 
sekarang ni sy kena la rajin2kan diri utk blogwalking ke blog b2b yg lain
 utk berkongsi idea sepanjang persiapan kawen nnti

yee sy b2b dari selangor
lepas ni blh la kenal dgn semua b2b dari negeri2 yang lain pulak
INSYAALLAH


#tak sabar pulak nk blogwalking dekat blog b2b yg lain ..bye :)