hari ini

BAD SHARK!!











Yang Mana Cinta Korang???


NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA

Wah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.


NOMBOR 2-SALING MEMAHAMI


Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.



NO 3 – SALING MEMBANTU

Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.



NOMBOR 4 - TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA


Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu. Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.



NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO

Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.


NOMBOR 6 -KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN


Walaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ‘perang mulut’ kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap ‘panas hati’ bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air…..pandai-pandailah kamu yea….



NOMBOR 7 - TIDAK SERASI LANGSUNG


Huarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declarewar! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu., Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu. Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?



Psstttttttttt......

Emmmmm……bagaimana dengan kamu? Apakah pasangan kamu serasi dengan kamu?

Jangan terlalu percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul…itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Semoga anda mencuba..........





Pembuli Ayam!!

Anyway aku bru blik keje...sangat2 penat dan mahu tido awl malam ini..
sebelum tu aku nk kongsi ngn korang 1 video baik punya...
malas nk cite sbbnya korang kena tengok sendiri la ..
no comment..
yang aku blh cakap juz cian ayam-ayam tu...
dizalimi..
betul la..aku tak tipu ok..
LAYAN je la k..jangan lak lepas tengok video ni korang da takut nak mkn ayam



Taktik Kotor!!



Baru-baru ini aku ada dapat 1 email dari kawan kolej aku kak eda..

Bila baca email yang aku dapat itu terasa sangat marah dengan perbuatan orang zaman sekarang..

Jadi aku ingin kongsi cerita ini bersama korang semua agar ambil langkah berjaga-jaga SEBELUM TERKENA




Ini cerita penuh kejadian yg menimpa staff PPMSB



MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.


Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu
Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.





Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!


Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan..

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.


P/S:Kepada semua yang sudah baca entri ini, berhati-hatilah semasa anda memandu...






Kejadian di Wad ICU


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU
sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..
Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal
pada satiap hari Jumaat pagi
tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka...
Perkara ini sangat membingungkan para doktor...
Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. .
beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti
penyebab kepada kematian di katil tersebut.
Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am...
tiba-tiba... ...
Pintu bilik ICU itu terbuka....
Kemudian masuklah Makcik Bedah....
Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci
yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Masuk...
mendekati katil keramat tersebut...
dan terus mencabut soket elektrik
untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut
dan menggantikannya
dengan
'plug vacum cleaner'nya.


PENGUMUMAN!!


PENGUMUMAN KEPADA KAWAN2 , KONVO KE-6 PSAS AKAN BERLANGSUNG PADA HARI ISNIN 29 MAC 2010 PUKUL 2.00 PTG..SILALAH DTG BAWA KELUARGA ..JUMPA DI SANA..DI SNA...DI SANAA..

Congratulations Graduate Pictures, Images and Photos

Penemuan kod rahsia


korang msti nk tau hp korang tu ori ke xori ke...ada serial num tu sma x dkt kotak hp n mcm2 lg kn??so dgn kod kt bawah ni korang leh la try tgk2 ckit hp korang tu bpe serial num dia, tarikh manufacture phone korang, software version, simlock info dan lain-lain...

so kt bawah ni ada la ckit snarai hp yg blh korang try n terjah dalam2 lg apa yg ada dlm hp korang yang tidak lg rahsia...LAYANNNN.....

Nokia

IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 0 0 0 0 # lub * # 9 9 9 9 #
Simlock info: * # 9 2 7 0 2 6 8 9 #
Enhanced Full Rate: * 3 3 7 0 # [ # 3 3 7 0 # off]
Half Rate: * 4 7 2 0 #
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 1
Network lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 2
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 3
SimCard lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 4
1234567890 - MasterCode which is generated from IMEI

Ericsson
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: > *
Dafault Language:
Enter to phone menu without SimCard - after Wrong PIN: press no:* * 0 4 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 #


Samsung
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 9 9 9 9 # albo * # 0 8 3 7 #
Net Monitor: * # 0 3 2 4 #
Chaning LCD contrast: * # 0 5 2 3 #
Memory info: * # 0 3 7 7 # albo * # 0 2 4 6 #
Reset memory (SIMLOCK`a removing!!!): * 2 7 6 7 * 3 8 5 5 #
Reset CUSTOM memory: * 2 7 6 7 * 2 8 7 8 #
Battery state: * # 9 9 9 8 * 2 2 8 #
Alarm beeper: * # 9 9 9 8 * 2 8 9 #
Vibra test: * # 9 9 9 8 * 8 4 2 #


**P/S:aku da try..nsib bek hp aku sma serial num dia..huhuhu..gudluck korang ek..