hari ini

CATWALK DALAM AIR?? KOJE GLE JE



Kalau sblm ni ckp pasl pertunjukan fesyen je
msti sume igt RED CARPET
tp skg ni lupakn itu semua kerana kt sini xda RED CARPET2 nih..
sbbnya kt sini red carpet dah jadi tangki air..
Pertunjukan fesyen ini dibuat kt Sydney Australia
Ia diadakan utk buktikan yg mereka ni still blh bnafas dlm air
dan paling penting stil GLAMOUR gitu
ramai wartawan dan penonton menghadiri pertunjukan ini
Tapi semua penonton berusaha keras
berusaha keras Utk MENAHAN GELAK tgk model2 tu berjalan..
wahahahha..aku tgk pun bantai gelak je..
mana taknya..kerja gle je wat bnda ni..
HAHAHA..




Kuda separuh badan dan berkaki 2??


Zaman skang ni mcm2 bnda pelik wujud
sebelum ni aku dah byk tgk gambar2 aneh binatang lain
tp xpernah tgk binatang mcm ni
Ia adalah kuda yg aneh pernah aku tgk
tp yang lucunya gadis kecil di gmbr boleh lg bermain dgn kuda aneh ini
kalo aku dah lama menjerit xnk main dgn kuda separuh ni..
gle ko!!! nk main dgn kuda mcm ni..hahahah



Akibat Paru-Paru Ditebuk, Terus Masuk Wad ICU


Kepada Kawan2 doakan untuk HASRUL AYOB
supaya beliau Cepat Sembuh
kerana smlm beliau telah kehilangan darah sebanyak 4liter
dan berada di dalam keadaan yg sgt kritikal
beliau juga bernafas brgntung dgn mesin pernafasan sahaja
dia sbnrnya sakit dlm paru2 sbb ada angin dlm paru2 dia..
then kna tebuk paru2 dia tp byk darah kuar..
silap sbb doc pelatih yg tebuk..
then tpksa msuk operation room sbb darah kuar byk gle dr luka kna tebuk tu..
so kemarin hilang 2 botol drh n smlm 4liter darah..
kna lak tebuk kt leher sbb dia skg dia bnfas hnya guna mesin je..
skg kritikl & msuk icu..tp xtau apa cte arini..hrp2 dia da stabill
Sama2 kita doakan dia..AMIN

note:hasrul merupakan kwn baik kepada uncle sy yg korang blh tgk di atas..iaitu uncle din n uncle nun..dan juga uncle ezad & uncle razak sy..beliau juga merupakan rakan ofis sy..sekian.

DAPAT LUTUT BESI BARU

Baru2 ni tok ngah aku masuk hospital disebabkan sakit kaki..
bukan la sakit kaki biasa
tp sakit kt lutut sbbnya pelincir lutut dia da hbis
disebabkn itu setiap kali tok ngah jalan akan sakit
kerana bila bergerak je lutut sakit sbb tulang bergesel dgn tulang
mcm kita yg normal ni xda la sakit sbbnya masih ada pelincir lg..
tp mcm tok ngah kesian dia sbb tulang bgesel dan
sakit teramat sgt bila jalan

jadi aku tunjukkan gambar selepas tok ngah kena bedah
time gambar ni tok ngah tak sedarkn diri sbbnya kna ubat bius masa bedah
sian tok ngah sakit dia kata
yang pompuan tudung pink tu mak aku..
melihat tok ngah yang baru lepas kna bedah

yang ni pula ayah aku
menunggu tok ngah sedar..tp tok ngah ttp xsedarkn diri
sedih melihat tok ngah ketika ini

nmpk tak banyak wayar kt tok ngah
aku pon xtau la bpe wayar disambungkn dengan badan tok ngah sbb terlalu byk
sehari lepas tok ngah kena bedah aku tidur di hospital untuk menemankan tok ngah
sewaktu aku menjaga tok ngah mcm2 bnda aku belajar dan dapat pengalaman baru

cthnya aku dapat lihat bermacam2 gelagat pesakit kt sana..
yang paling teruknya ada jugak pesakit yg tnya soalan kt doktor mcm ni
"doktor ada tak pembedahan yang boleh bagi saya mati?"
aku dgr n aku pon terkejut la..gle ko nk mati tp nyawa masih panjang lg...

kat sana juga aku dapat tgk nurse2 pakaikn orang tua lampin..
ni bukan lawak ok tp org tua juga pakai pampers
ble mereka dah tak berupaya menguruskn diri mereka sendiri dan bila tak boleh berjalan
kalo tok ngah buang air kecik or besar tok ngah akn bgtau aku
lepas tu aku akn inform dkt nurse dan dorang yg akn tukarkn

mlm tu aku berjaga sbb nk tlg tok ngah
manatau tgh2 mlm dia nk mkn ke minum ke
so aku pon tngu la tok ngah tido dulu bru aku tdo
dan pkul 5 pg nurse da kejut aku suh mandikan tok ngah..
bukan tok ngah je yg kna mandi pg tu
tp mmg tiap kul5 semua pesakit kna mandi
aku pon ambil baldi dan kain kecil utk lap seluruh badan tok ngah


lepas da selesai aku tukarkan baju tok ngah dan kain tok ngah
dan lepas tu apa lg aku makeup kn tok ngah la
bukan makeup apa pun
juz aku sikat rambut tok ngah cantik2
pakaikn minyak rambut
pakaikn bedak kt muka dan leher tok ngah..
dan nurse pon ckp hari tu tok ngah nmpk comel..
selain nurse penjaga pesakit sebelah katil aku pon ckp tok ngah comel..
BANGGA AKU SEYHH.. :p




haa tau x apa besi kt atas ni??
ni la lutut baru tok ngah..ble da masukkn besi ni kaki tok ngah da ok mcm biasa
tp masih pakai tongkat lg
sbbnya hjung bulan 3 ni kaki tok ngah belah kanan pula nk masuk besi ni pula..
papepon korang layan la gambar2 ini ok..aku xtau nk cite pasal bnda ni
sbb aku bkn pandai mcm doktor tu..layann....






Untuk keterangan lanjut sila klik


P/S: Hujung bulan 3 ni tok ngah akan dibedah utk kaki lg sebelah masuk besi yg sama..doakan semoga pembedahan tersebut berjaya..



TEMPAT KERJA BARU


HAi korang semua..da lama aku xupdate blog ni kn..
Nasib baik xbkulat lg blog aku nih..HAHA
sbnrnya aku skang bz dkt ofis pulak..
xleh la slalu sgt on9 mcm dlu smpi 24 jam kn
haa..actually aku skang dpt keje sbg account asisstant..
mula2 keje blh thn gak ar sbb byk bnda aku xtau sgt psl compny tu
but da 2mingu blh thn la aku phm jugak keadaan kt sna
haa gmbr kt atas tu la meja aku
masih kosong lg bukan
SMESTINYA kosong sbbnya keje xda lg..


Keje kt tempat baru ni ok la jugak
cne ye aku dpt kje cni??
pastinya pak cik aku yg bernama aizad yg tlg
tq ye uncle aizad..
xlupa jugak hasrul @achoi yg membantu aku dptkn keje ni
Jasa kalian amat dihargai

Lepas dapat kerja ni rutin harian aku pon makin bz..
sapai update blog pon xsempat..
papepon lepas ni aku update byk lg ok..







FAKTA / AUTA :P

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….
Tak normal la korang maknanya..hahahah






Rahsia Kena Tindih Waktu Tidur



Sape kt sini xpenah kena tindih masa tido??confirm sume pnh kna kn..tpu la kalo ckp xpnh kna..acctually aku mmg sbuk search psl kna tindih2 ni sbbnya aku nk tau btul ke org ckp hantu yg tindih kte??so aku jmpa 1 artikel yg sgt menarik dan mmg mnjawab semua persoalan aku selama ni..n aku nk kongsi dengan korang jugak sbbnya ilmu baru yg aku dpt ni biar semua dapat jugak..papepon selamat membaca..
Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and
readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kenatindih
ni.......betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin
atau
hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik-pelik (hantu,
makhluk hitam dan sebagainya) .....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur
pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu...adalah
dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku
tau aku sedar...tapi tak boleh gerak...kadang- kadang geram, sebab tak boleh
gerak.....lepastu 5 minit baru boleh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap dah...lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...
tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la
aku tau kebenaran dia....
ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical
nya 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara). ...
temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic
paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) stage....otak akan bagi tau badan kita suruh rehat...so, badan
kita kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kita pun ader switch off button....dipanggil reticular
activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja
yang on....kiranya screensaver lah atau hibernate...
so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake
state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh
seketika...before otak activate balik....memang menakutkan tapi benar....
tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang- kadang partial
atau sebahagian sahaja...tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain
lumpuh etc....
dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar
bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan,
terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)
sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)
4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla
5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal..)
6. orang yang ada penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu