hari ini

Masalah Tarikh Kahwin


Minggu lepas aku dah buat checklist utk belanja kahwin 
dan bagi mak dan ayah aku tengok berapa bajet dan belanja yg perlu
tapi semua juz anggaran sebabnya tarikh aku tak tetap lagi

kenapa tarikh tak boleh tetap lagi??
ok bulan 5 haritu aku dah nk booking dewan yang aku rancang nk buat kat sana
bila kol tanya tarikh bila yg free utk tahun 2012 ni
semua dah full dan kalo nk booking utk thn 2012 sila kol semula bln 10 nanti..DEMM!
bila kol dewan yang lain pon kebanyakan semua dah full
confirm 2013 jugak la aku kahwin (T _T)

lepas tu aku stop dlu cari dewan sbbnya byk dewan utk 2013 belum buka lagi
tapi skg aku mula cari balik and mak cik aku asmalia bagi cadangan 1 dewan ni
so besok jugak aku akan kol dan terus booking utk bulan 1 tahun depan 
harap-harap ada tarikh yang kosong bulan 1 tahun depan..AMIN

bila tarikh dah tetap senang la aku nak booking mcm2 utk mjlis kahwin aku nanti..
sbbnya kebanyakannya semua aku dah survey 
dan perlukan tarikh keramat je untuk booking tu..
Harap dipermudahkan untuk menetapkan tarikh ni..

P/S:Checklist kahwin ni aku dapat dr ofismate aku angah..
dengan adanya checklist ni xdala aku pening sgt nk fikir apa lg yang aku tertinggal.
TQ angah utk checklist yang sgt membantu ni.. (^_^)

Aktiviti Raya Kami 2012 (Entri Bergambar )

Dah habis raya baru sempat nak update blog
mana taknya tiap2 minggu bz beraya..
Ok malas nk cerita panjang2..
Juz letak gambar je utk entri raya ni
~
~
~

RAYA PERTAMA

Kami beraya kat pahang kg ayah
so pagi2 raya selepas bersiap mandi,
saya dan ajib akan bg gambar raya masing2
selepas tu baru ajib terus gerak ke masjid utk smbhyang raya.

Saya di Pahang dan ajib di Perak \(^_^)/

Mak dan ayah bergambar depan rumah tok wan
sebelum gerak ke masjid utk sembahyang raya

Kebiasaan kt pahang lepas smbhyang raya
rombongan masjid akan pergi tiap2 rumah untuk beraya..

kami kat rumah akan hidangkan siap2 mknan utk rombongan msjid
tiap raya pertama menu WAJIB dekat rumah tok wan ialah SATE 
sbbnya tok wan akan order beratus cucuk sate untuk jamu tetamu pd raya pertama

Selepas ayah,mak, tok wan dan pak cik2 balik sembahyang raya,
kami berkumpul kat ruang tamu untuk bersalam2 dan dpt duit raya

Sekarang ni aku dah besar so kurang dapat duit raya
tapi dah mula bagi duit raya dekat mak ayah atok dan sdara mara
nasib baik la tahun ni ada bonus dan duit raya ofis bg
so byk jugak la duit raya kena keluarkan

Selepas beraya rumah jiran2 tok wan
kami bergambar kenangan depan rumah tok wan

yang ni semua cucu perempuan tok wan pahang

RAYA KEDUA


Selesa berbaju cotton di hari raya kedua

kami semua tema polkadot

boleh tak pegi raya dan pinjam gitar tuan rumah
nasib mak cik rumah tu sporting..haha

RAYA KETIGA

Pagi2 lagi kami dah bersiap untuk balik raya kat kuala kubu kg belah mak pula
sebelum bergerak kami saudara mara berkumpul untuk bergambar kenangan
opah dan tok wan dah bersedia utk diambil gmbr
comel pulak opah senyum kali ni
bukan senang nk tgk opah senyum lebar cmni..

atok khusyuk bermain dengan taufiq sepupu kami paling kecil
selepas habis bergambar kami terus gerak ke kuala kubu ikut jalan genting highland
dan turun ikut batang kali

sampai di batang kali
ayah turunkan aku kat ktm batang kali sbbnya aritu kwn aku shera bertunang
selamat bertunang kpd shera dan zamani

lepas tu terus gerak rumah ajib sbb ada buat doa selamat sikit kt rumah en.tunang
sempena dia dapat kerja baru
kawan2 ajib ramai jugak dtg petang tu,
lepas habis makan kat rumah ajib kami semua gerak beraya sekali dgn kwn2 ajib kat bidor
lepas habis beraya dgn kwn2 ajib kat bidor,
malam tu jugak dia ngn abg dia pejoi n anak2 buah dia hantar aku balik rumah atok kuala kubu

**malam tu 1st time nmpk babi hutan melintas depan kete kteorg,smua dlm kete menjerit terkejut beruk!

RAYA KEEMPAT


Kami bersiap2 untuk beraya rumah En.tunang
adik2 aku dah excited nk tgk anak2 kucing kat rumah sana


family En.tunang sambut kedatangan kami dgn baik sekali

anak-anak buah ajib dgn pejoi dan kak effa

sebelum menjamu selera 

kami makan dan berborak 

habis makan kami xda keje sbb tu gambar merepek2 amik

Bergambar di halaman ruman En.tunang 
lepas tu adik2 aku terus tengok kucing kat rumah kucing ajib

lepas tu berkumpul semula dlm rumah untuk perbincangan seterusnya

jeng..jeng ..jeng..ajib tengah pegang kalendar
tengah pilih2 tarikh masa ni..
tarikh apa akan dimaklumkan nanti..insyaallah

selepas habis makan dan berborak di rumah En.tunang,
kami minta diri sbb lepas ni nk pergi beraya rumah cikgu makeup aku pulak
kat temoh

muka excited nk beraya rumah seterusnya
tapi sebelum tu kami singgah petronas tapah untuk berhenti solat dahulu

sementara tunggu mak dan ayah selesai solat
kami bergambar dulu

masuk dlm petronas beli apa yg patot

Sesampainya kami di rumah cikgu makeup iaitu kak nikky
kami di sambut baik oleh mak kak nikky

seronok betul kami berborak dgn kak nikky dan mak dia
insyaallah panjang umur jumpa lagi (^_^)V

RAYA KELIMA

Kami beraya sekitar rumah atok saja
dekat kuala kubu dan ampang pecah

sy dan ju

waktu ni berhenti solat kt msjid slepas beraya dengan atok

lepas tu atok ajak kami tengok empangan pecah kat ampang pecah

sampai kat sana semua turun sbb pemandangan agak cantik dan 1st time smpi sana

aktiviti bergambar

atok excited bercerita pada mak mngenai empangan pecah ni

kami pulak sibuk bergambar

Lepas habis bergambar terus gerak balik rumah 
dan besok paginya kami bertolak balik kl
sbbnya adik2 aku sema dah mula masuk belajar balik

Kad Raya 2012 kami (^_^)V

Dah lama tak update blog

tunjuk kad raya tahun ni dulu la
aku takdelah pndai sgt photoshop
tapi try juga tempek2 muka kt kad raya yg berkenan ni









P/S: Kak ipar ajib dah cakap tahun ni je la ko dpt melaram raya eifa, tahun depan ko dah kawen manatau perut dah ada isi xdapat la melaram dah..haha..takpe kalau betul dah ada isi lepas kahwin ttetap nak melaram jugak..cari la fesyen ibu mengandung utk raya kan..ahaha tak nak kalah kau ni eifa..




Admin Contest Ekspo Perkahwinan Malaysia Jumpa Blog Saya



























Tq admin sebab sudi merayap di blog saya (^_^)

P/S: KLIK SINI utk contest yang saya join dengan 
EKSPO PERKAHWINAN MALAYSIA

Saya Menang Contest Kerja Kahwin \(^_^)/

Selepas sekian lama saya tak join contest
sebab saya terlalu sibuk dan tak ada masa nak update blog ni
akhirnya bulan julai ni rezeki saya murah sangat
contest yang saya join pada bln 5 haritu dah keluarkan pemenangnya
lama jugak contest ni berjalan dari bulan 5 sampai bulan 7
akhirnya saya diumumkan sebagai pemenang
Alhamdulillah

KLIK SINI utk lihat contest yg saya join dari kerja kahwin 


nak tahu hadiah yang saya menang dah tertera dalam gambar di atas
Hadiah wang Tunai RM500 dan
 2VIP seats ke mjlis watie elite & joey
tapi saya tak dapat datang ke majlis persandingan watie Elite sebab ada hal peribadi
dan 2VIP seats saya tu saya minta admin bagi pada orang lain.
Tapi yang Tunai RM500 mesti la nak kan sape tak nak..
heheh tunggu cek dari admin kerja kahwin saja ni..
nak tahu sape admin kerja kahwin tak??

ok ni lah admin page kerja kahwin
panggil kiki saja nama glamer..hehe
sape yang slalu masuk page kerja kahwin mesti dah biasa dengan kiki
dan dalam page ni kiki akan selalu update pasal persiapan kahwin 
dan tips2 untuk bakal2 pengantin.. kpd b2b sekalian silalah join page kiki ni ok
gerenti uols suka :)
bila dah excited menang terus saya bbm tunang saya

Saya: Yeyy!! saya menang motooo..
Tunang: Awak salah hantar bbm kat sape ni??moto apa ni??
Saya: hantar kat awk la..huhhh (mungkin dia igt aku menang motosikal la tu)
Tunang: yela tu ntah2 salah hantar 

terus dia kol dan tanya menang moto apa ni sbb dia tak tahu pape
dan saya pon ceritala yang menang contest 
dia cakap contest yang mana satu..
ohmaigod banyak sangat ke aku masuk contest
sampai dia boleh tak tahu mana satu..
bila dah cerita baru la dia ingat..
ok la sampai di sini sahaja untuk kali ni
dah panjang sangat saya bercerita.


P/S: Tak sabar nak beli baju raya dengan hadiah RM500 ni   \(^_^)/