hari ini

HAPPY BIRTHDAY


Siapa yang lahir bulan Jun orangnya adalah


• BERFIKIRAN JAUH DAN BERWAWASAN


• MUDAH DITAWAN KERANA SIKAP BAIK


• BERPERANGAI LEMAH LEMBUT


• MUDAH BERUBAH SIKAP,PERANGAI,IDEA DAN MOOD


• IDEA YANG TERLALU BANYAK DI KEPALA


• BERSIKAP SENSITIF


• OTAKNYA AKTIF( SENTIASA BERFIKIR )


• SUKAR MELAKUKAN SESUATU DENGAN SEGERA


• BERSIKAP SUKA MENANGGUH NANGGUH


• BERSIKAP TERLALU MEMILIH DAN MAHUKAN YANG TERBAIK


• CEPAT MARAH DAN CEPAT SEJUK


• SUKA BERCAKAP DAN BERDEBAT


• SUKA BUAT LAWAK DAN BERGURAU


• OTAKNYA CERDAS DAN BERANGAN ANGAN


• MUDAH BERKAWAN DAN PANDAI BERKAWAN


• ORANGNYA SANGAT TERTIB


• PANDAI MEMPAMIRKAN SIKAP


• MUDAH KECIL HATI


• MUDAH KENA SELSEMA


• SUKA BERKEMAS


• CEPAT RASA BOSAN


• SIKAP TERLALU MEMILIH DAN CEREWET


• KURANG MEMPAMIRKAN PERASAAN


• LAMBAT NAK SEMBUH APABILA TERLUKA HATI


• SUKA BARANG BERJENAMA


• MUDAH MENJADI EKSEKUTIF


• KEDEGILAN YANG TIDAK TERKAWAL


• SESIAPA YANG MEMUJI SAYA ADALAH MUSUH SAYA TETAPI SIAPA YANG MENEGUR SAYA ADALAH KAWAN SAYA
*p/s: SeLamat hari jadi kepada emak,ayh dan adik saya..semoga murah rezeki pnjang umur...i love u..

KISAH SUDOKU

Pagi tu aku sibuk mengemas satu rumah aku sbbnya ari tu aku rajin la plak..pastu aku kemas setiap rak buku adik2 aku..aku tengok di setiap rak adik2 aku ada je buku sudoku..



Aku pon ambil semua buku2 sudoku yang ada kt rak tu n aku tengok sume isi dalam buku tu..Erm...sume sama je..aku xtau la apa bezanya..


Bila aku belek2 buku tu rupa2nya setiap buku ada volum tertentu..buku ni mula dari volum yang senang hingga la ke volum yang paling susah..
Aku pun tanpa segan2 minta adik aku ajar mcm mana nk buat sudoku nih..dia jwb "apalah kakak ni..orang kt dalam rumah ni sume dah ada buku sudoku sendiri.." Aku dengar menyirap je..
Pastu dia pun ajar aku macam mana nk bermain sudoku..aku rasa agak bosan sbbnya aku xda minat main sudoku ni..so kalo korang nk main sudoku ni kena tanamkan minat kt game ni..Yang buku ni pula buku sudoku untuk kanak2..so adik2 yang kecik pon blh bermain sudoku nih..yang paling penting adik2 aku semua sanggup tak makan sebabnya nk beli buku sudoku yang dorang minat sangat nih..kalo dorang beli bnda tu dorang akan jaga dengan baik tapi kalo bnda tu orang yang bagi alamatnya bersepah la dekat dalam rumah..












TAFSIR MIMPI


Pagi td aku bangun2 je terus teringatkan mimpi aku malam td..runsing aku dibuatnya..so arini aku bangun awal n mandi terus pastu terus stdy..tp aku xtenang fikir pasal mimpi malam td..so aku pon buka laptop n search pasal mimpi aku malam td..tp xjumpa jgak..agak kecewa gak la..papepon aku nk berkongsi ngn korang tafsir mimpi2 yang lain nih..manala tau korang pernah mengalami mimpi seperti di bawah..


Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan

Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.

Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.

Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.

Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.

Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung

Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit

Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

HAPPY BIRTHDAY

Tq kepada mak aku coz dia yang edit pic kt atas ni khas untuk aku yang lahir pada 10 mei n adik aku yang comel sorang ni firdaus namanya lahir pada 13 mei


Nak tahu apa kata Dato' Fadzilah Kamsah cakap pasal orang yang lahir bulan 5 (MEI)

• KERAS HATI DAN DEGIL
• KUAT SEMANGAT DAN BERMOTIVASI TINGGI
• PEMIKIRAN YANG SANGAT TAJAM
• MUDAH MARAH APABILA TIDAK DIKAWAL
• PANDAI MENARIK HATI ORANG LAIN DAN MENARIK PERHATIAN
• PERASAAN YANG AMAT MENDALAM
• CANTIK DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL
• TIDAK PERLU DIMOTIVASIKAN
• TETAP PENDIRIAN TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH LAIN
• MUDAH DIPUJUK
• BERSIFAT SISTEMATIK ( OTAK KIRI)
• KUAT BERANGAN
• KUAT DAYA FIRASATMEMAHAMI APA YANG TERLINTAS DIHATI ORANG LAIN TANPA DIBERITAHU
• BAHAGIAN TELINGA DAN LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT
• DAYA KHAYALAN YANG SANGAT TINGGI
• PEMIKIRAN YANG SANGAT TAJAM
• PANDAI BERDEBAT
• FIZIKAL YANG BAIK
• KELEMAHANNYA PADA SISTEM PERNAFASAN
• SUKA SASTERA SENI DAN MUZIK SERTA MELANCONG
• TIDAK BERAPA SUKA DUDUK DI RUMAH
• TIDAK BOLEH DUDUK DIAM
• TIDAK PUNYA RAMAI ANAK
• RAJIN DAN BERSEMANGAT TINGGI
• AGAK BOROS

SELAMAT HARI IBU KEPADA BONDA TERCINTA


Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku
...mak
Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasa
nganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

DINNER SEM AKHIR

SPARKLING ARABIC NITE 2009

kEiasaannya setiap akhir sem akan ada dinner yg dibuat utk pelajar akhir sem...tema dinner utk sem kali ini ialah arabic..malam itu dipanggil SPARKLING ARABIC NITE 2009... persiapan dewan utk dinner ini hanya mengambil masa xsampi 2hari sbbnya dewan sush k dpt n byk aktiviti guna dewan..nak dikatakan mmg singkat sangat persiapan dewan n kami semua ambil inisiatif kerjasama dikalangan ajk utk siapkn jugak dewan..
Gaya amer dan bob dpr membuat langsir rekaan dorang sndri la..walaupun tangan dorang keras tp ttp blh buat kerja perempuan juga..awwww...yang kt blakang tu cuma tonton je la abg2 dorg buat bnda ni..lg2 si haslam tu yg pakai baju biru...blh pulak posing time org len bz..bdk kecik tu mmg..haha
semua ajk sibuk mmbuat persiapan dewan walaupun kesuntukan masa..macam2 ragam n sampai pengarah program pun demam-demam buat dewan dinner ni..
Inilah adik ajim dan haslam..dorang dua ni bawah aku sepatutnya tp si budak kecik haslam ni kna duduk bawah bob..so kna la buat kerja berat2..wakakaka..padan muka..tp si ajim ni merangkap roomate haslam still bawah aku n dia mmg rajin la..keje dia disebalik tabir tlg aku blakang pentas hande bdk2 persembahan..tq ajim tlg akak ok..huhu..nsib bek bdk kcik haslam ni xbwh aku..dia ni pemalas btul..asik curi tulang je,.kan..kan..
tengah2 malam pun ktaorg kna datang hias dewan lg..mmg la penat yg teramat sangat..sampi umh je mmg aku la org 1st pengsan dlu..mana xnya dari pagi smpi tengah mlm duduk dalam dewan je..
Inilah suasana dewan pada malam itu..walaupun sederhana tp berbaloi juga penat ktaorg dapat jugak berjalan dengan lancar persembahan pada malam itu...
Diantara pensyarah2 yang hadir...
Suasana dari pintu gerbang..semua pelajar sedang menikmati hidangan
Ini xtau la pak arab mana ktaorg jumpa..tbe2 je datang kt meja ktaorg pegang nombor meja ktaorg..ala paham2 la tu suka curi tulang la katakan...haslam2..bdk kecik betul la dia nih..
ajk dinner bergaya depan pintu gerbang dewan..haslam bergaya ala pak arab bersama2 2wanita arab di sisinya..mcm kt arab kn..huhu
aku,eja dan ziera bergambar bersama pn rozana lec yang mengajar kami pencukaian malaysia...mula2 mmg malu tp nk jugak kenangan bersama dia kami pun bergambar jugak akhirnya dengan dia
Ini pula cik yanti yang berbaju ungu..wlaupun dia xpnh ajar ktaorg tp dia lec yg sempoi gle ar kalo korg nk tau..sporting sgt2..suka..suka..huhu..yg lg dua or g tu mcm biasa la eja n ziera..

walaupun aku sibuk kt blakang pentas handle budak2 persembahan tp posing2 ni aku mmg cukup suka..lg2 kalo da posing dengan mber aku sorang ni yang mmg kuat posing depan kamera..(penat dow time nih)
1st aku tengok gmbr ni cm tkejut gak tbe2 ada org tua kt blakang tu..hahah sape lg si yan la..setahu aku la kan dia xpnh ada time ktaorg sbok posing..ble tgk gmbr nih agak terkejut gak ar..tp jurukamera aku si eja tu ckp dia mmg ada kt blakang..nasib baik la bukn hantu...huhu

Bunga??wangi2..tp biarlah rahsia..huhuhu

Gewdick santai je..nk ckp mcm arab ntah la aku pon xtau..da mcm org nk kawen lak aku kn..waduh mmg lawak ar..pakar perunding aku la yang pakaikan aku cmni sape lg kalo bukn si eja n ziera..tp yang paling lucu sangat masa mjlis habis ada sorg gurl datang kt aku minta amik gmbr dengan aku..aku senyum je la..pastu dia ckp "sy pnh nmpk akak dalam tv..yang berlakon dengan zamarul hisyam tu kn"?..aku pon terdiam je la..stakat pelakon tmbahan pon ada peminat gak rupanya..huhu..
akhir skali dapat jugak aku duduk kt meja makan ble majlis da akhir sbbnya tugas aku kt blakang pentas pon da settle..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar
selesai majlis semua ajk sibuk mengemas balik dewan seperti asal...mmg la pnt sbbnya kena buka balik apa yg ktaorg dah buat malam tu jugak..yg kt atas ni jamy,dia tgh keluarkn semua surat khabar yg ktaorg masuk dalam kain kuning jd mcm bantal..
Eja pulak tengah lipat langsir yang ktaorg buat pagar..sbenarnya dia lipat ngn ziera tp kainnya panjang sgt so nmpk eja sorg la yg rajin kt cni..(ziera jgn mrh k)..aku pula jd jurukamera je..bukan malas tp nk tgkp gmbr je..huhu..
Yang ni pula khalis..bdk junior aku jugak la...rajin jugak si khalis ni..ske mmbntu org..(khalis tlg jgn kmbang idung k..huhu)dia sebenarnya tengah tlg bob tp setahu aku la kn bawah bob bdk kecik haslam tu..tp kt mana ekk dia??asik hilang je kan..aduyai
Inilah bob ajk tugas2 khas yg suka mbebel je setiap masa..malam tu aku dia buat tugas dia dengan jayanya tp aku xtau la kalo dia duduk je kt meja mkn kn..hahah..tp xkot rasanya sbb ank buah dia si haslam tu yg duduk kt meja makan menghabiskan mkanan atas meja tu..hahha

Masa akhir majlis barulah aku nmpk si haslam nih rajin jugak..xsangka betul pandai jugak budak kecik nih menyapu dewan..bagus2 peningkatan yg bagus..tp aku rasa dia sapu kejap je tuh..hahha

WELCOME TO MY BLOG

SLIDE SHOW UTK SEMUA YANG MELAWAT BLOG AKU

enjoy la tgk video aku wat ni ok..ni pon juz permulaan sj..xperfect sngat la..