hari ini

REVIEW : Hari Bahagia Angah


Entry ni sambungan dari entry ni---> REVIEW: Nikah Angah

Tarikh: 15 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Lokasi: Saujana Utama 3

sampai2 rumah pengantin dari jauh dah nampak Guestbook Table
dan banting pula tak lari dari tema
iatu tema POLKADOT jugak

pagi-pagi tetamu masih belum sampai
dan saudara-mara bertungkus-lumus dalam melicinkan majlis ini
supaya majlis berjalan dgn lancar

aku sempat bergambar bersama mak pengantin dan kembarnya

sesi menyambut tetamu
dan kumpulan rabbani sampai awal la jugak pada majlis tersebut
dan sebelum tetamu masuk menjamu selera
mereka diwajibkan utk tulis di dalam buku guestbook utk ucapan kpd pngantin

kami bersama keluarga pengantin 

time ni tetamu belum ramai lagi serbu majlis ni
so sebelum ramai tetamu aku sarapan dulu
dan kemudian disusuli dgn sifu aku iaitu kak sue hashim
aku dan wawa mmg minat la kak sue hashim punya hasil kerja
time ni kami dapat masa lebih untuk bertukar2 pendapat mngenai makeup dan juga kelas makeup 

suasana majlis

aku dan wawa diapit oleh mak lang & mak long pengantin
sempooii je

pengantin masih lagi di dalam bilik
sedang dimakeupkan dan ditemani oleh BFF intan dan aimi
1st time aku jumpa intan tgk macam muka intan ladyana
suke je tgkk sbb dia suka snyum
aimi pulak mmg jenis slumber je n senang ngam jugak la

pengapit sedang menyiapkan pengantin


selepas makeup pengantin selesai
kak sue bersiap utk balik pulak
dan angah masih berphotoshoot di dalam bilik sementara menunggu romnbongan lelaki

pengantin bersama BFF
emirah,safia,wanie,aimi dan intan

berposing lagi

suasana sebelum rombongan lelaki sampai
bergambar sakan

ok yg di comel ni flower girl
dia pon kena pakai baju POLKADOT macam kami

bergambar dgn gadis2 polkadot dan flower girl yg comell

majlis berjalan lancar dan rabbani membuat persembahan di pentas yg disediakan

tadaa family aku pon datang jugak
ayah dan mak aku xlepaskan peluang utk memberi ucapan kpd pengantin

sesi makan nasi minyak pulak 

pengantin diapit dgn dayang-dayang polkadot

family aku pon xlepaskan peluang bergambar bersama pengantin

sesi bergambar sebelum perarakan

pengantin lelaki sudah sampai
dan berarak menuju ke rombongan pihak lelaki

pengantin lelaki dan perempuan sudah dipertemukan

pengantin di meja makan beradap

sementara pengantin menjamu selera
tetamu jugak sambung menjamu selera
tapi yg paling sedap aku suka sotong dia
sbbnya aku mmg gila sotong kot

selepas pengantin habis makan dorang duduk bersanding di pelamin
kami pulak da tak dapat tmpat duduk sbb meja full je
so kami pulak duduk di meja beradap dan posing mcm2 gaya
sbb takda keje
sampai boleh lupa tugas yg pengantin bagi
haha

posing lagi

4 dara pingitan
ehh tapi yg kiri sekali tu da kawen so 3 dara pingitan
hehehe emirah dah xleh jadi anak dara pingitann da hehe

sekarang turn aku dan wawa pulak bergambar yeee
pinjam kejap misai dato k..haha

kami bergambar bersama pengurus kami kak hasmah
dan bergambar bersama pengantin baru

kami yang gila-gila remaja..hahah HAPPENING! 

main-main lagi
sebelum outdoor kejap lagi
hehe

ceriaa je semua geng polkadotttt

ok sekarang masa utk outdoor
pengantin lelaki dan pengantin perempuan sudah posing
gojesss sgt

pengantin muka serius
ditemani tangan2 kami ditepi2 mereka

ok semua berdiri tegakk ye
da macam perbarisan la pulak

ok sebelum semua balik posing dulu
utk jadikan sebagai kenangan
ok sbbnya lepas kami balik baru adegan2 pengantin berdua diambil oleh photographer
ok la sampai di sini dulu ok
sambungan entry adalah utk majlis bertandang di penang pula ye

*lepas ni mesti banyak wedding tema polkadot pulak kan..heheh btw polkadot mmg cantik dan unik
lagi2 pengantin adalah tokei kedai polkadot..hehe ok baiii

REVIEW : Nikah Angah


Tarikh: 14 Oktober 2011
Hari: Jumaat
Lokasi: Saujana Utama


ni meja Candy Buffet yg menarik perhatian tetamu yg datang rumah pengantin
sbbnya masuk2 mmg nampak meja polkadot comey ni

aku ngan wawa mmg xlepaskan peluang bgambar dgn pelamin nikah angah
sebelum dirasmikan mmg kteorg berdua la yg rasmikan dulu
ngah ngeh over pulak


naik atas masuk bilik pengantin nampak angah tgh makeup lagi
yg makeupkan angah tu sifu aku la sape lagi kalo bukan
kak sue hashim
mmg kak sue ni meletop dan fames jugak la sbbnya dia rajin sponsor rncangan tv 
byk jugak ciite pasal sifu aku ni tapi nanti la aku buat satu entri khas utk sifu aku ni ye

ok yang ni pulak  BFF angah


Lepas siap makeup oleh kak sue hashim
bergambar pulak

okeyh ni gambar angah aku saja letak banyak2
sbbnya aku suka makeup dia tuu
dan kak sue setiap kali dia makeupkan customer,
dia akan ambil gambar sebelum dan selepass
cantik kan

angah ambil gambr dgn kak sue pula
yg amik gambar tudung hitam tu kak liza
kemana kak sue pegi dia mesti ikut
boleh dikatakan mcm PA kak sue jgak la sbb dia sntiasa temankan kak sue makeup org


ok skang turn aku pulak brgambar dgn 2 org sifu aku ni
bersama kak liza dan kak sue :)

sementara tunggu pengantin

bersama sifu lagi


suasana sebelum bergerak ke masjid untuk akad nikah


hantaran pihak perempuan
mmg tak lari tema dan masih ikut tema iaitu "POLKADOT"


suasana sebelum bergerak ke masjid

time ni menunggu masa yg sesuai utk bergerak ke masjid

gelagat rakan-rakan


okay time ni nk gerak ke masjid sudah
bantal sume mmg bawa dari rumah
hehe macam2 ragam ada

sesampai di masjid saujana utama
pengantin nampak cool je tapi rasanya jantung angah berdegup kencang kot..
haha berdebar-debar


gelagat pengantin lelaki sebelum akad nikah

reaksi keluarga dan rakan-rakan

sesi akad nikah bermula
dan sekali lafaz saja angah dan hafiz sah bergelar suami isteri

angah senyum kegembiraan
hafiz sebak dan sedih kerana tanggungjawab beliau semakin besar dan berat
utk menjadi seorang suami

ayah pengantin lega selepas akad nikah
yg blur kat blakang tu mmg sngaja sbb nk fokus pada ayah perempuan saja

semua mengucapkan tahniah pada pengantin 
sbb dah bergelar suami isteri

selepas habis majlis di masjid
semua dijemput utk jamuan ringan di rumah pengantin

kami bergambar bersama banting keluarga pengantin

gelagat pengantin semasa sesi menyarungkan cincin

time ni pengantin diminta utk feel ok
baru menjadi gambar ni
hehe sweet ble suami cium dahi si isteri

gelagat pengantin dan hantaran

pose manja dari pengantin baru 

selesai bergambar,
pengantin keluar melayan tetamu yg hadir
dan bergambar kenang-kenangan sebelum tetamu balik

di mna ada kamera di situlah ada muka kami berdua
walapon kamera tu aku yg punya tapi di kamera org lain wajib ada muka kami
haha
ok sampai sini saja utk cerita pasal nikah.
sambung untuk entry bersanding pulak
ok baiii