Happy Birthday My Prince!
By
eifalicious
Malam ni tepat pukul 12mlm
genap la umur incik tunang ke 23tahun
tahun ni dah 2 kali aku sambut bday bsama incik tunang
ini adalah kek tahun lepas masa clebrate dgn incik tunang
--> klik sini utk baca entry tahun lepas
sbb mls nk panjang2 cerita motif buat kek padang bola ni
time ni pulak time potong kek dgn family incik tunang
kebetulan hari tu hari raya haji tu yg pakai baju melayu tu
makin lama hubungan kami makin erat
kedua-dua belah family dah kenal satu sama lain
ke mana sahaja kami sentiasa bersama
dan sedondon bila keluar bersama
Akhirnya kami buat keputusan utk mngikat tali pertunangan
dan di hari ini aku masih berkesempatan
utk sambut bday bersama ditahun ke 2 kami bersama
dulu sambut sbg gf/bf tapi kali ni sbg tunang dia
dan insyaallah tahun depan sambut sbg isteri dia pula
INSYAALLAH
Alhamdulillah kami berkesempatan utk sambut bersama pada tahun ini
dan harapan saya semoga incik tunang
mencapai kejayaan di hari-hari yg mendatang,
dimurahkan rezeki,
menjadi anak yg soleh serta hormat ibu bapa,
akhir sekali semoga perancangan yg kami rancang tahun depan
berjalan dengan lancar dengan dan di-permudahkan urusan kami.
AMEEN.
P/S: Hanya sempat didahulukan dgn ucapan ini saja, dan belum sempat meraikan lagi
kenapa kesibukan dua belah puhak..jumpa nanti kita sambut dgn family kamu ok incik tunang.
take care & love you so much <3
Selamat Berperang
By
eifalicious
Tajuk macam nak bergaduh pulak
Tapi tidak la bermaksud begitu
Hehehe
Kepada semua pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM,
Selamat bertempur untuk menjawab kertas2 SPM ok.
Terutama sekali kpd adik sy siti juwairiah
Jangan asik bermuka buku sekarang ni
Baik makan buku utk SPM.
Kepada adik2 yang lain yg berada di IPTA
Termasuk adik2 aku ila di PD dan Imah di penang,
Jawab final exam elok2 ok.
Jangan fikir nk melancong je cuti sem ni
Fikir dan study apa yg ptot utk exam ini ok
Tu je la k baii.selamat menjawab
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kelas Makeup Bersama Sue Hashim
By
eifalicious
Lokasi: Sue Hashim Studio
agak lambat jugak aku update mngenai kelas makeup dengan kak sue ni
time kursus ni waktu bulan puasa tahun ni
ok mungkin ada yang tak kenal sape kak sue hashim ni
so kalo nk kenal lebih dekat boleh tgk kak sue punya di bawah
kak liza sebagai model untuk kak sue tunjukkan teknik makeup kpd peserta kursus
semua peserta yang datang aritu aku tgk semua bawa kotak2 makeup besar
rupanya ramai jugak yang dah biasa makeupkn pengantin dan dah ada brg makeup
aku je yg xberapa nk besar beg makeup..hahha
nasib kak sue mmg ada sediakan peralatan makeup
utk sesiapa yg nk guna brg dia time kursus aritu
aku datang kursus tu pon sebab minat aku yg mendalam dalam bidang makeup
so tak kesahlah habis beratus untuk ikut kelas2 makeup ni sbb dah minat
ok semua peserta kena bawa sorang model untuk praktikal dalam kelas
so aku bawa adik aku ju yang baru tahun ni nak ambil spm
budak sekolah lagi dan dia mmg tak minat makeup2 ni
pakai bedak pon dia malas betul
so bersedia utk dimakeover oleh kakak ok
haha..habis la aku conteng muka adik aku ni
time kami semua makeupkan model masing2
kak sue akan round tgk sorang2 samada makeup betul ke tak
kalo tak betul dia akan ajar dan suruh betulkan semula
kiranya belajar sampai paham
ok nih hasilnya
tapi ni pon tak jadi sangat sbb dia rimas bila kena makeup
baru pakaikan bulu mata palsu dia da tanya
"kakak bila boleh buka balik bulu mata ni?? rimaslah mata ju"
aku cakap "habis kelas baru buka"..sabar je la
ok sebelum balik kena tunjuk hasil makeup dgn kak sue
dan kak sue akan bagi sijil serta cenderahati pd semua peserta
ok time nih dah habis kursus makeup da
bulu mata mmg dah cabut awal2 la kan
sbb dia rimas sangat
ju selepas di makeover
banyak kekurangan lagi dan aku akan akan still pergi ke kelas
sampai aku boleh bergerak sendiri utk jadi makeup artist mcm kak sue
cewahh impian tinggi la pulak
dan yang penting sekarang aku da jadi team sue hashim
itu yang penting sebelum menaikkan nama sbg makeup artist ni
habis dahh pasal kursus makeup
---------------------------------
berjumpa lagi dgn kak sue hashim
baru-baru ni masa officemate aku kawen
dia pon menggunakan khidmat kak sue hashim
time tunang sebelum ni pon mmg kak sue yg makeupkan dia
dan sekarang sampai nikah dan sanding still setia mnggunakan khidmat kak sue
dan tak silap aku lepas ni dia pon nk join ikut kelas makeup dgn kak sue skali
mmg best la sbbnya ada geng la lepas ni kalo nk join kak sue gi makeup mana2
P/S:Mana2 kursus makeup yang ada dan kalo aku kelapangan aku kalo boleh mmg nk pergi
sbb banyak benda lagi aku tak tahu.
Lepas ni nk kursus kat perak pulak (dekat dgn bidor)
sebab ada kursus makeup free tajaan mara..
harap dapat join.ehh k la baii
Tutorial Update Blog Dengan Blackberry
By
eifalicious
Kali ni aku nak share cara2 nak update blog dgn blackberry
so bila da dapat ilmu ni aku nak share jugak dekat kawan2 luar sana k
mesti ada yang tak tahu lagi macam mana kn
ok jomm
mula-mula pergi dashboard dan akan nampak gambar di atas ni
klik dekat gambar surat yg aku bulatkan dengan warna merah
Bila dah klik akan keluar mcm ni
so korang isikan dalam kotak kosong tu apa2 perkataan pon
janji korang ingat la ye email dull korang yang ini
contohnya dalam kotak kosong tu aku letak "eifacomel"
makanya email full untuk blackberry korang macam ni ye
sheirinaz191.eifacomel@blogger.com
so tekan butang SAVE
-------------------------------------------------------
sekarang pergi kat blackberry korang
lepas tu savekan email yang atas tadi dekat contact hp korang
ini utk memudahkan korang nak update nanti takda la terhegeh2 nak taip email korang yg pnjang tu
contoh macam bawah ni ye
aku da savekan email aku yg kita wat kat atas tadi sheirinaz191.eifacomel@blogger.com
dan aku save email ni atas nama Diary nurul
so korang pergi kat hp blackberry korang tu
lepas tu buka email dan klik "Compose Email"
dan emailkan dekat emailkan korang yg utk BB tu
subject isikan sbg tajuk entry
dan tulis la apa yg patot utk korang update entry tu
lepas da siap tekan SEND
dan blog korang telah pon update
tu je ok baiii
Subscribe to:
Posts (Atom)

















